LOKASI

D'Qnut Chalet & Restaurant
Lot 603, Batu 31, Bukit Darat,
 Pantai Kuala Linggi,
 78200 Kuala Sungai Baru, MELAKA

Panduan untuk sampai ke lokasi ini:-
Credit to Umang-Umang Chalet


Map Route
👉🏻  D'QNUT Chalet and Restaurant  👈🏻

*Lokasi D'Qnut Chalet Betul-Betul Bersebelahan Dengan Umang-Umang Chalet :)

1.0  Dari Utara melalui PLUS HIGHWAY (Exit Tol Pedas Linggi)


Dari Kuala Lumpur, melalui PLUS Highway, exit Tol Pedas Linggi. Lepas sahaja tol plaza anda akan jumpa simpang tiga.



Belok ke kanan ya.
Ke kiri, anda akan pergi ke Rembau dan Pedas. Anda belok ke kanan menuju Pekan Linggi. Teruskan perjalanan anda sampai lebih kurang 11 km, anda akan jumpa simpang tiga.
 

Sila belok ke kanan.
Di hadapan anda ialah sebuah klinik kerajaan. Belok ke kanan menuju Pekan Linggi. 1 km sahaja dari simpang tiga ini. Anda akan seterusnya jumpa simpang tiga di kawasan pekan.


Sampai di sini please take a left turn ( belok kiri le )

 Anda belok ke kiri. Teruskan perjalanan anda sehingga anda melalui pekan kecil Pengkalan Kempas. Di pekan ini anda akan jumpa Tapak Sejarah Pengkalan Kempas di sebelah kanan anda.


Tapak Sejarah Pengkalan Kempas. Kalau ada banyak masa bisa saja singgah di sini untuk melawati tapak sejarah Batu Mangelit. ( 5km dari Pekan Linggi )

 Anda juga akan jumpa jeti untuk memancing menyusuri Sungai Linggi di kiri anda. Famous untuk pancing udang galah.




 Teruskan perjalanan anda sehingga anda menjumpai simpang Tanjung Agas. Belok kiri. Jarak perjalanan 15km dari Pekan Linggi.

Papan tanda ALAM sebagai mercu tanda yang jelas.
 Sekiranya anda terlepas daripada simpang ini, jalan ini akan membawa anda sampai ke Pekan Pasir Panjang dan seterusnya ke Port Dikson.

Perjalanan lebih kurang 5 km, anda akan jumpa Jambatan Tanjung Agas Merentasi Sungai Linggi. Di kiri anda, anda akan lihat gerai makan dan jeti memancing. Seberang Sungai Linggi ialah Negeri Melaka.





Jeti memancing dan tempat rehat. Ada gerai untuk membasahkan tekak dan alakad.


Lepas pintu utama Nusa Dusun, anda akan nampak
                 papan tanda DIY ni. Dah dekat la tu.. Anda teruskan
 
perjalanan lebih kurang 700m, anda akan jumpa simpang tiga.

 Dah sampai Simpang Tiga ni, ke kanan anda akan sampai ke Kampung Nelayan Kuala Linggi di mana di kawasan ini terdapat kawasan bersejarah Fort Supai, Chalet-chalet untuk di lawati dan restoren terapung. Juga terdapat kawasan untuk mandi pantai bersama keluarga, pancing dan makan-makan sambil santai serta mengambil gambar terutamanya diwaktu sun set atau sun rise. Sangat indah kerana kawasan ini masih belum terdedah sangat dengan pelancung.
 

Ada lagi papan tanda DIY Umang-Umang Chalet kat simpang tiga ni. Ni dah dekat sangat la ni.
Belok kiri. Masuk aja kiri anda akan nampak papan tanda Umang-
Umang Chalet DIY sebelah kanan anda. Lorong sebelah kanan ni terus masuk.800m dari sini
dah pun sampai ke Umang-Umang Chalet. Ikut aja tiang lampu TNB sepanjang jalan.


 Papan tanda DIY menuju ke Umang-Umang Chalet


Ha, ni la dia pintu utama D'Qnut Chalet. You all are most welcome.


Chalet D'Qnut Hanya Disebelah Chalet Umang-Umang :)


D'Qnut Chalet & RestaurantLot : 603, Batu 31, Bukit Darat,Pantai Kuala Linggi,78200 Kuala Sungai Baru,Melaka
Email : Dqnut.chalet@gmail.com
Pn. Iera : 0122447804