HOME

D'Qnut Chalet & Restaurant


Selamat datang ke D'Qnut Chalet & Restaurant. Chalet ini terletak dipantai kuala linggi dan bersebelahan dengan umang-umang chalet. Berjarak hanya 10km dari pantai pengkalan balak dan hanya mengambil masa 45minit dari tol pedas.
Saat melangkah kaki kedalam D'Qnut, ianya seolah-olah membawa pelanggan kembali kepada alam semulajadi dengan keadaan sekeliling yang serba santai serta keadaan geografi dan struktur bangunan yang menampakkan tropikal. Dengan berilhamkan gaya kontemporari semasa yang semakin hangat diperkatakan, konsep kabin telah diketengahkan dan ianya dapat menarik permintaan pelanggan pada masa kini dan ianya telah membuatkan pihak pengurusan D'Qnut Chalet, Encik Zaidi melakukan insiatif dalam menerapkan konsep tersebut didalam perniagaan beliau.
Pihak pengurusan D'Qnut Chalet telah membuat penambahan chalet lagi dan boleh dilihat di ruangan Terkini.



Selain daripada itu juga, D'Qnut Chalet mengambil inspirasi flora dan fauna serta alam semulajadi yang pastinya akan memberikan impak yang terbaik kepada pelanggan pada kadar harga yang berbaloi pada setiap perjalanan percutian yang diabadikan di D'Qnut Chalet. 
(Pintu Masuk dan Kabin D'Qnut Chalet)

Qnut Chalet menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelangan yang bercuti disini antaranya dewan terbuka yang sesuai untuk majlis hari keluarga dan berkaroke, Juga menyediakan kemudahan perkehmahan atau acara-acara krusus dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

( Dewan terbuka yang luas bagi keselesaan pelanggan )

Nama D'Qnut Chalet diambil sempena dari nama pohon kelapa yang banyak tumbuh disekitar kawasan tapak chalet ini.Pohon kelapa juga merupakan pohon yang digelar pohon serbaguna yang mempunyai pelbagai manfaat kepada kita. Para pelanggan dan pengunjung juga berpeluang untuk merasai kenikmatan air kelapa muda yang dipetik segar dari pohon kelapa dan para pelanggan dan pengunjung berpeluang juga melihat sendiri monyet yang terlatih memetik kelapa dari pohon-pohon kelapa yang tinggi.

D'Qnut Chalet & Restaurant telah menambah sebanyak 60 buah chalet lagi berasaskan kaben untuk para pengunjung dan terdapat beberapa jenis chalet yang boleh dipilih oleh para pengunjung..antaranya 40 Garden View Std, 10 Family Seeview dan 10 Family Garden Seeview. 
Chalet baru ini telah mendapat sentuhan dari En.Zaidi sendiri dan chalet baru ini akan mula beroperasi pada Hari Raya Tahun ini 2017.
Rebut peluang dan dapatkan pengalaman baru di D'Qnut dengan harga yang berpatutan.


Bagi kaki pancing atau yang berminat untuk memancing dan menjaring, D'Qnut Chalet merupakan salah satu tempat dan lokasi yang popular dikalangan kaki pancing. Dengan memancing pelanggan dapat berhibur dan melihat keindahan permandangan disekitar tempat memancing yang menyenangkan. Memancing juga merupakan satu riadah dan salah satu alternatif untuk melakukan refreshing dan untuk menyegarkan badan dan fikiran.


( Kaki pancing dan pengunjung yang sedang menanti umpan dimakan )


(Hasil Tangkapan)

D'Qnut Chalet juga menjadi pilihan untuk penyu jenis karah atau nama lainnya penyu sisik untuk bertelur disekitar pantai chalet.


Begitulah serba sedikit info mengenai D'Qnut Chalet & Restaurant buat pengunjung semua. Untuk mengetahui khimat dan kemudahan-kemudahan yang D'Qnut Chalet sediakan, bolehlah lihat dimenu-menu yang ada diatas.  Bersama mencari kedamaian dan ketenangan dan selamat bercuti dari pengurusan D'Qnut Chalet.


D'Qnut Chalet & RestaurantLot : 603, Batu 31, Bukit Darat,Pantai Kuala Linggi,78200 Kuala Sungai Baru,Melaka
Email : Dqnut.chalet@gmail.com
En.Zaidi : 012-2447408
En.Afiq Afifi : 016-5525665